BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
WELCOME TO BABY CRYSTAL BLOG

Followers

Cute Bunny Holding Heart


Saturday, February 4, 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul







Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25).



12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.



Setiap tahun pada umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara:

ØPerarakan,
Ø Ceramah Agama
Ø  Mengadakan majlis selawat beramai-ramai..

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul..

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.

Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Oleh itu , berbuat lah amal ibadah mu dengan sempurna..
dunia ini hanya sementara..
salam Maulidur Rasul..




PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM HARI-HARI ISLAM..

Ahad
Allah menjadikan alam ini
Allah menjadikan bintang-bintang di langit.
Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh lapis.
Allah menjadikan tujuh jenis lautan.
Allah menjadikan tujuh anggota manusia


Isnin

Nabi Idris a.s dinaikan Allah ke langit

Nabi Musa a.s mengunjungi Bukit Tursina.
Bukti keesaan Allah diturunkan.
Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan.
Rasulullah s.a.w  wafat.


Selasa
Nabi Yahya telah dibunuh.
Nabi Zakaria telah dibunuh.
Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan.
Asiah isteri Firaun mati dibunuh.
Lembu kaum Bani Israel dibunuh.

Habil dibunuh oleh Qabil.

Rabu

Qarun hancur binasa dimusnahkan Allah.
Firaun dan bala tenteranya hancur binasa.
Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyamuk.
Umat Nabi Saleh a.s dihancurkan dengan teriakan keras dari malaikat Jibrail a.s
Umat Nabi Hud a.s dihancurkan Allah dengan angina taufan yang kuat.


Khamis

Nabi Ibrahim a.s memasuki Mesir.
Saudara Nabi Yusuf a.s bertemu dengan anaknya semula Nani Yusuf a.s di Mesir.
Nabi Musa a.s memasuki Mesir.
Nabi Muhammad s.a.w memasuki Kota Mekah.


Jumaat
Nabi Adam a.s berkahwin dengan Siti Hawa.
Nabi Yusuf a.s berkahwin dengan Zulaika.
Nabi Musa a.s berkahwin dengan Siti Safura dengan anak Nabi Syuib a.s
Nabi Sulaiman a.s berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Siti Aisyah.
Ali bin Abu Talib r.a. berkahwin dengan Siti Fatimah.


Sabtu

Nabi Nuh a.s diperolok-olokkan oleh kaumnya.
Nabi Saleh a.s ditipu oleh umatnya.
Nabi Yusuf a.s ditipu oleh oleh saudara-saudaranya.
Nabi Musa a.s ditindas oleh Firaun.
Nabi Isa a.s diperdayakan oleh kaum Yahudi.
Nabi Muhammad s.a.w menjadi pengerusi si siding Darul Nadwah.